Showing posts with label Blog review. Show all posts
Showing posts with label Blog review. Show all posts

Shawl Tribal :Radiusite vs CottonToYou

0 comments
Shawl yang SC order dari Radiusite dan CottonToYou dah sampai!! Yeayy!! Hari Jumaat order, Isnin dah sampai.

Dua-dua SC order Shawl Tribal.

CottonToYou tulis, material chiffon. Tapi yang SC dapat ni macam kain cotton pun ada. Lembut je kainnya. Pakai pun senang. Panjang shawl standard, tapi agak lebar. Tapi jahitan agak kurang kemas. Jahitan lebar-lebar dan agak longgar. Yang bestnya harga RM20 termasuk delivery charge. Murah kan!!

Shawl Tribal dari Radiusite pula, memang dari material cotton lembut. Size lebar standard tapi panjang lebih sikit. Dihujung shawl berbentuk bulat. Ala-ala half moon panjang :)
Harga RM39 + RM6 delivery charge. So, jumlahnya RM45.
Sebenarnya rumah SC dekat je dengan butik Radiusite kat Rawang tu. Tapi malasnya nak pegi. Jadi order online jer lah!

Dari segi warna, kedua-dua shawl adalah lebih gelap dari warna dalam blog. SC suka warna terang-terang sikit. So, kena skodeng shawl lagi ke?? Heheh






















Tudung Labuh, Inner Lembut & Berdagu

2 comments
Kawan SC request survey tudung labuh berinner lembut dan berdagu.
Demi BFF tersayang, dengan berbesar hati SC surveykan dan SC nak share dengan pembaca-pembaca SC sekalian :)

Kat bawah ni SC senaraikan blog-blog yang jual tudung labuh. Harga semuanya berpatutan. Walaupun menggunakan kain yang banyak, harga dalam lingkungan RM50 dan ke bawah! Terperanjat jugak SC sebab SC ingatkan tudung labuh ni harga dedekat RM100. Hehhe

Antara blog yang menambat hati SC:

Ummie Tinie Collection
Gerai Rizqi Tudung Labuh
Seri Cahaya
True Hijabis
Tudung Annur-Zatajul
Tudung Labuh Raziah
Aisya-Al-Aisy
Design Musleema
Tudung XL

SC letakkan blog-blog ini dalam list ShawlCenter di bawah tajuk TUDUNG LABUH. Check it out!















Shawl Plain dari Shawlbyvsnow

1 comments
Salam

SC baru dapat shawl baru. Yeaaayyy!! Asal-asal nya member SC yang beli dari SHAWLBYVSNOW ni. Sebab dia berkenan sangat dengan shawl ni, dia nak repeat order. Sebab delivery kena charge dia tanya la kut-kut kawan-kawan yang lain nak order sama. So, boleh la tong-tong delivery charge tu.

SC pun dah lama tak beli shawl baru, tengok gambar model yang cun melecun ni lagi la tergoda kan? Walaupun kalau kita pakai shawl ni muka tak jadi cun macam muka model.. Ekekek

Semua kaler berkenan, tapi tak boleh ikut sangat nafsu serakah ni. So, order 2 JE. Warna purple & charcoal.

Bila dah dapat, terus je SC belek. Kainnya sangat lembut, nipis & tak jarang. Panjangnya lebih kurang Pashmina, tapi lebarnya kurang sket dari Pashmina.

Hari ni SC pakai, sangat senang untuk dibentuk dan sangat selesa dipakai.
Member SC nak order lagi tu. Kali ke-3 repeat order tuh! Hahahah

SC dah list kan SHAWLBYVSNOW dalam blog list. Check it out!!















SHAWL HALF MOON / BEADED / SAKURA

1 comments
Assalamualaikum...

Korang mesti tau shawl ni kan....
Shawl ni dipanggil 'Half Moon' sebab bentuknya separuh bulat.

Pertama kali SC tengok shawl ni di Radiusite dan memang SC ingat Radiusite punya design. Tapi ada kawan SC yang pegi Vietnam, jumpa shawl ni kat sana!!

Dan sejak akhir-akhir ni SC jumpa beberapa blog yang menjual shawl yang sama.

Jadi, kepada mereka yang hampa shawl ni sold out di Radiusite boleh la try terjah blog ini:

Cloverush*
Havva Hijab*
InDiana Boutique
Adorable Tudung
Cantik Storage
Howtshawl
Hijabs Lover

*update on 15th Oct 2012

Kalau ada blog lain lagi yang menjual shawl yang sama boleh bagi tau SC. Nanti SC update :)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template