Heliza & Aida (Pemenang Gadis Melayu) dalam Mingguan Wanita

0 comments

Sekarang nih fesyen Jubah@Abaya ala-ala baju kelawar. Kalau kena cara memakainya memang cantik. Kalau tak kena memang macam baju tidur!! So, hati2 bila beli baju Jubah@Abaya ala-ala baju kelawar ni..Sila cuba dulu, tak semua orang sesuai memakainya ;)


Tahniah Pemenang *ShawlCenter* January Giveaway!!

0 comments
*ShawlCenter* January Giveaway telah tamat pada 28 January 2011.
Nantikan *ShawlCenter February Giveaway* pula yer!!

Ini hadiah yang telah dibungkus. Tunggu posmen yer, shawlcenter akan hantar melalui poslaju.

Ini dia pemenang *ShawlCenter* January Giveaway!!
Tahniah Siti Wardah :)


Pemenang kedua *ShawlCenter* January Giveaway!!
Tahniah Myss Mimi Ishak :)




Tudung Pengantin - Ayu Raudhah (Part 4)

0 comments
Kali ini gambar-gambar pernikahan Ayu Raudhah shawlcenter ambil dari facebook photographer hafizatan & azizilee.

Enjoy!!


















Tudung Pengantin - Ayu Raudhah (Part 3)

6 comments
Untuk Part 3, shawlcenter nak kongsi fesyen tudung kakak kepada Ayu Raudhah. Cantikkan?




Tudung Pengantin - Ayu Raudhah (Part 2)

8 comments
Cantik sangat Ayu Raudhah dengan baju pengantin berwarna krim. Tahniah kepada photographer Asmady Ahmad yang mengambil gambar Ayu Raudhah dengan cantik sekali.:)
Enjoy the picture!



Tudung Pengantin - Ayu Raudhah (Part 1)

0 comments




Debaran berakhir
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

SEMOGA BAHAGIA...Zaquan mengaminkan doa selepas majlis akad nikah.
SERASI...Zaquan dan Ayu Raudhah sah menjadi suami isteri selepas bertunang pada 17 Oktober lalu.
ALOR SETAR: “Saya rasa debaran ini tak sehebat apabila menjaringkan gol kerana ia satu kepuasan, tetapi hari ini (pernikahan ini) membuatkan saya sungguh berdebar-debar.
“Hari ini (semalam) saya rasa sangat berdebar kerana hari yang saya tunggu-tunggu sudah tiba dan kini saya sah menjadi suami.
“Ia satu tanggungjawab yang berat terpaksa saya pikul. Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan baik. Alhamdulillah semuanya sudah selamat,” kata pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, selepas sah menjadi suami kepada pelakon popular Raudhah Che Wan atau Ayu Raudhah, 27, dalam majlis pernikahan di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, semalam.
Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamil Abdul Jamil, dengan mas kahwin RM1,888 pada jam 3.45 petang. Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna krim rekaan Man Kajang pada majlis akad nikah yang dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan.
Abang Ayu Raudhah, Roshidi Che Wan menjadi wali dengan mewakilkan imam masjid itu. Pasangan itu turut merahsiakan wang hantaran dengan alasan tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Mohd Zaquan Adha yang dilihat menitiskan air mata selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan bersama Ayu Raudhah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Beliau berkata, dia sungguh terharu dan gembira kerana semua adik beradiknya termasuk ibu bapa hadir menyaksikan hari bersejarah itu, malah abang kembarnya, Mohd Aidil Zafuan turut serta dalam rombongan pengantin ke negeri ini.
Ayu Raudah yang kelihatan berseri-seri tersipu malu apabila ditanya bila akan menimang cahaya mata, beliau berkata, ia terpulang kepada rezeki dan tidak merancang bahkan sedia mendapat zuriat dalam tempoh terdekat ini.
“Kalau ada rezeki kami terima...kalau cepat pun tak apa. Kami juga belum merancang untuk berbulan madu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya,” katanya.
“Insya-Allah kalau dua-dua dapat cuti panjang baru kami terfikir nak pergi berbulan madu di destinasi mana,” katanya.
Pasangan popular itu menjalinkan hubungan cinta lebih setahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang pada 17 Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Mohd Aidil Zafuan yang ditemui berkata, dia berharap adik kembarnya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik.
“Dia kena ingat dia bukannya bujang lagi dan perlu bertanggungjawab. Saya mendoakan pasangan ini bahagia dan kekal ke akhir hayat,” katanya.
Turut kelihatan pada majlis itu kakak Ayu Raudhah yang juga pelakon cantik Rozita Che Wan dan abang iparnya, Mazlan Pet Pet. Majlis bersanding pihak lelaki akan diadakan di Pusat Dakwah Paroi, Seremban pada 30 Januari ini.

Gambar Pelakon Sakti Delima : Semua Pelakon Bertudung

2 comments
Drama Sakti Delima agak kontroversi baru2 ini bila dihentikan siarannya. Tapi segala salah paham sudah selesai dan drama ini kembali bersiaran di TV3.
ShawlCenter kagum dengan usaha Shiela Rusly yang menengahkan semua pelakon yang bertudung. Kali ini ShawlCenter nak berkongsi gambar2 pelakon2 Sakti Delima.
Bienda

Bienda

Catriona Ross

Catriona Ross

Liza Hanim

Aida Khalida ( dulu Aida Radzwil )

Aida Khalida

Barisan pelakon Sakti Delima

Aida Khalida & Cat

Safura & Aida Khalida

Bienda

Shiela Rusly disamping suaminya Jinggo

Bertudung Bukan Kerana Fesyen : Catriona Ross

0 comments


Bukan kerana fesyen
Oleh Hartati Hassan

Basrihartati@hmetro.com.my

HATINYA berbunga-bunga menantikan siri Sakti Delima disiarkan di televisyen kerana ia lakonan pertamanya dengan penampilan bertudung dan selepas berehat panjang melahirkan anak sulungnya, Sephia Rania Ross-Iddin yang kini berusia 10 bulan.
Lebih membanggakan dirinya apabila drama arahan Azman Yahya atau Jinggo untuk slot Lagenda itu mengumpulkan enam pelakon bertudung kerana penerbitnya, Sheila Rusly ingin membantu pelakon yang ‘berhijrah’ untuk diberi peluang berlakon.
Ini disebabkan pelakon bertudung sering diperlekehkan penerbit dan pengarah hingga ada yang terpaksa membuka tudung untuk meneruskan bidang lakonan. Sebagai pelakon bertudung, Sheila memahami dilema dilalui pelakon yang mengambil keputusan untuk bertudung dan waktu sama meneruskan kerjaya lakonan. Bagaimanapun, kegembiraan Catriona Ross terbantut apabila baru empat episod bersiaran, drama itu dilarang penyiarannya oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) serta merta atas alasan ada unsur syirik, tahyul dan boleh memesongkan akidah umat Islam.
Katanya, dia teruja sangat menantikan siarannya untuk melihat reaksi penonton terhadap lakonan pertamanya tampil bertudung. Watak dijayakannya juga berbeza kerana kali pertama pegang watak antagonis sebagai permaisuri.
“Saya terima tawaran Sheila kerana tertarik dengan watak ditawarkan selain menyenangi sikapnya yang menghormati penampilan saya yang kini bertudung. Sebenarnya, sebelum ini ada beberapa tawaran saya terima tetapi meminta saya buka tudung untuk muncul dalam drama mereka. “Saya tegaskan kepada mereka, saya bertudung bukan kerana fesyen tetapi inilah penampilan saya kini selepas diberi hidayah untuk berhijrah ke arah lebih baik. Tapi saya kesal kerana ada pihak memperlekehkan penampilan ini dengan meminta saya membuka tudung. “Ada empat tawaran yang saya tolak kerana permintaan ini. Saya kesal kerana mereka tidak menghormati langkah saya untuk berubah sebaliknya memperlekehkan dengan pertanyaan boleh buka tudung atau tidak. Bagi saya rezeki daripada Allah dan tidak pernah rasa dengan bertudung saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan,” katanya. Catriona yang ditemui di majlis pelancaran tudung Aida Khalida baru-baru ini mengakui, penampilan barunya ini turut membuka pekerjaan baru buatnya apabila sering menjadi pengacara untuk majlis kahwin atau majlis pelancaran seperti hari itu. “Apabila dimaklumkan siarannya dihentikan, saya terfikir ada orang sabotaj drama ini hingga buat aduan kepada LPF. Lebih menyedihkan apabila Sakti Delima dianaktirikan kerana banyak lagi drama yang pernah disiarkan menerusi slot itu terlepas daripada hukuman sama, walaupun banyak babak yang lebih teruk. “Bukan saja drama lain untuk slot itu malah sinetron dari seberang seperti Bawang Merah Bawang Putih yang mendapat banyak kritikan kerana banyak paparkan babak tidak masuk akal tetapi tetap disiarkan sampai beratus-ratus episod,” katanya. Apapun kata Catriona, ada hikmah di sebalik semua apa yang berlaku kerana difahamkan ia akan disiarkan semula pada Mac nanti. Tentunya orang ramai ternanti-nantikan siarannya. Katanya, dia juga baru mendapat tawaran berlakon daripada Sheila untuk slot Akasia tetapi belum mendapat skrip lagi. “Saya suka bekerja dengan produksi Sheila kerana mudah bekerja dengannya dan faham dengan tuntutan untuk berhenti seketika untuk mengerjakan solat. Jadual penggambaran disusun sebaiknya supaya ada waktu untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar,” katanya. Dalam majlis pelancaran itu, Aida Khalida yang turut berlakon dalam Sakti Delima cuba mengumpulkan rakan artis bertudung untuk memeriahkan majlisnya terutama enam pelakon Sakti Delima. Turut hadir, Safura Yaacob manakala tiga lagi pelakon lain, Liza Hanim, Sheila dan Bienda tidak dapat hadir. Turut menyerikan majlis itu, bekas model, pelakon dan penyanyi, Noor Kumalasari, pelakon dan penerbit, Ziela Jalil dan Wan Nor Azlin. Aida Khalida, 53, yang sebelum ini dikenali sebagai Aida Rahim kemudian Aida Radzwill, kini makin selesa dengan nama barunya itu ditambah pula dengan jenama tudung sendiri. Katanya, impian mempunyai koleksi tudung sendiri sudah lama terpendam dan baru kini menjadi kenyataan. Terima kasih kepada Galeri Muslimah Sdn Bhd yang sudi bekerjasama untuk merealisasikan impiannya itu. “Saya mula bertudung pada 2008 dengan membeli tudung dan disesuaikan dengan cita rasa saya. Walaupun bertudung, saya juga ingin tampil cantik kerana saya memang pentingkan penampilan sejak dulu lagi. “Waktu sama, saya memasang impian untuk mempunyai koleksi tudung sendiri untuk dikongsi bersama semua. Kini impian itu menjadi kenyataan dan buat permulaan, ada 15 koleksi yang menjadi pilihan. “Saya juga mula menggayakan koleksi tudung saya ini dalam drama yang saya lakonkan sebagai promosi awal dan ramai bertanya di mana saya beli. Kini mereka boleh dapatkan koleksi tudung saya ini,” katanya. Aida mengakui, tawaran berlakon tidak terjejas dengan penampilan bertudung sebaliknya lebih banyak berbanding sebelum bertudung. “Terbaru, saya berlakon Begitukah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd untuk slot Akasia. Saya juga ada melalui pengalaman ditawarkan berlakon oleh produksi dan meminta saya membuka tudung tetapi saya tolak secara baik. “Saya anggap mereka tidak faham dengan tuntutan agama dan mendoakan mereka dibuka pintu hati untuk memahami perkara itu. Ada juga sarankan saya pakai rambut palsu menggantikan tudung tapi mereka juga lupa pakai rambut palsu juga berdosa. Tapi saya yakin dengan rezeki diberikan Allah. Pelakon yang bertudung perlu yakin dengan itu dan sabar dan tabah hadapi dugaan itu. “Walaupun bertudung, masih boleh dapat tawaran watak mencabar dan berbeza seperti wanita garang tetapi tidak perlulah tampilkan watak kejam dan jahat sangat tapi watak garang yang ada sebab,” katanya.

Fesyen Yuna di Birthday Party Dato' Siti

0 comments
ShawlCenter memang peminat Yuna, jadi pantang kalau berita Yuna keluar..mesti rasa nak komen. Bukan nak komen pasal 'berita', tapi nak komen pasal fesyen Yuna...hehhe Terbaru kisah Yuna & Qi hadir di birthday party Dato' Siti sedondon kaler purple. Woww! so sweeettttt...tak kisah la korang nak kata kawan baik ker..rakan tapi mesra ker..tapi bagi ShawlCenter kalau dah sedondon tu..memang bercinta lah! (eh! tadi kata x nak komen pasal berita..hehheh)..Tapi ShawlCenter suka je Yuna bercinta dengan Qi..:)
Yang penting Yuna happy dan dapat cipta lagu-lagu yang lebih mantap & meletops.
Okeh..kembali kepada fesyen Yuna. ShawlCenter sampai sekarang masih belum dapat macam mana cara Yuna lilit shawl dia..tapi yang pasti, cara lilitan Yuna ni sama dengan lilitan shawl Hana Tajima. Kalau you all tau, tolong inform ShawlCenter yer!
Dari segi dress pula, style lebih kurang sama dengan fesyen dalam magazine EH!. Belt samakan Yuna? :)
Dalam gambar ni, warna tak nampak berapa cantik...tapi kalau tengok tv kat Melodi..cantik sangat dress Yuna. i likeee..

Mix & Match Shawl with Nissen dress

0 comments
ShawlCenter jalan-jalan kat www.nissen.com dan jumpa Front Ribbon Sweat Dress yang chomel ini...chomel kan ribbon 3 ketul kat depannya tu...buat gadis-gadis kiut macam you all ni memang seswai kan? Ada 4 colour Sweat Dress ni, tapi yang ShawlCenter berkenan 3 colour iaitu biru, hitam & light pink. Untuk dress biru, Shawlcenter jumpa shawl yang seswai untuk dipadankan iaitu shawl dari www.hawtshawls.blogspot.com
Untuk Front Ribbon Sweat Dress in black ini pula ShawlCenter padankan shawl dari www.shawlattic.blogspot.com

Warna light pink ni sweet sangat kan? ( ShawlCenter suka sangat PINK!)
ShawlCenter padankan dengan shawl dari www.shawlnurfa.blogspot.com
Ketiga-tiga blogshop nih ada dalam list shawlcenter, itu la tujuan utama shawlcenter buat blog ni. Supaya senang nak survey :)



Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template