Cantiknya Neelofa Bertudung

0 comments

Ada freind sharing gambar Neelofa bertudung dalam FB. Cantik sangat kan?

Masa ni Majlis Ilmu Bersama Prof Dato' Harun Din. Untuk tengok banyak lagi gambar2 Neelofa yang cantik bertudung ni boleh LIKE page Neelofa Mohd Noor.

Fesyen Tudung Yuna di AIM 2011 : macam sarang tebuan?

0 comments

Yuna menang banyak anugerah di AIM 2011. Tahniah kepada Yuna. You deserved it!!

SC macam biasa, bukan nak sentuh pasal lagu atau muzik Yuna. Tapi nak sharing pasal fesyen tudung Yuna malam tu. Yuna pakai tudung ala turban. Nampak kepala Yuna besar kan? :), Zizan kate macam
Whoofer. Ada yang kate macam sarang tebuan. Macam2 lah korang nih! :)

Skirtnya agak ketat SC rasa. Mungkin next time Yuna boleh advise pereka baju Yuna untuk reka baju Yuna longgar2 sikit. Pakai baju longgar pun cantik kan? Tambah dengan badan Yuna yang kurus tinggi lampai tu.

Anyway, tahniah sekali lagi untuk Yuna:). I Love U!!

Fesyen Najwa Latif di AIM 2011: Macam koir sekolah?

0 comments


Siapa tengok AIM 2011? Najwa Latif nyanyi lagu Laman Muka Buku dan berduet dengan Greyson Chance.

Comel sangat Najwa Latif nyanyi lagu Laman Muka Buku tu kan? Tapi SC macam tak puas hati la dengan baju yang dia pakai malam tu:(... Macam tak menaikkan seri Najwa. Najwa patut pakai warna yang lebih ceria sesuai dengan usia remaja tu kan? Ada kawan SC kata macam baju koir sekolah... Huhuhu

Masa sesi blue carpet, baju Najwa cantik dan seswai sangat dengan Najwa... Kenapa tak pakai macam tu masa nyanyi? Kan? Kan?

Anyway, suara Najwa memang sedap dan semoga Najwa mengekalkan imej sopan tu yer:)


♡Zalina Wati♡
www.ambrynaa.blogspot.com
www.shawlcenter.blogspot.com

Manisnya Amir Diana Bertudung

0 comments

> Cantikkan Diana Amir bertudung. Dah memang orangnya comelkan? :)
>
> Semoga menjadi inspirasi dan pedoman untuk remaja lain.
>

Lagi Lagi Tudung Raya Online :)

2 comments

Tudung raya SC yang ke -3 dah sampai. Order hari Jumaat, bayar hari Sabtu, received hari Selasa. Cepat jer dapat:).. Tapi Process order problem jugak, sebab guna company e-mail tak dapat. Guna e-mail gmail, masuk SPAM. Nasib baik ada FB, dapat berinteraksi dengan owner dan dah dapat pun tudungnya:)

Kali ni SC order kat www.prettyintown.com.
Mula-mula, SC jumpa butik online ni masa cari Shawl Rose. Dari butik lain, harganya mahal.. Kat sini harganya murah sikit. SC ada preview pasal Shawl Rose sebelum nih.

Lepas tu, SC start selalu jalan2 kat sini. Untuk tudung raya SC beli Tudung Siti Chiffon dan Inner Neck hitam. SC suka sangat Inner Necknya, sedap jer terletak. Kat area leher tak berkedut2.. Yesszaaa itu yg SC carik!
Tudung Siti Chiffon nya plak ada beads yang dah tercabut.. O..Ooo.. Tapi dapat diselamatkan.. Cepat2 SC mengikat benang yang putus supaya beads lain x turut tercabut.

Masa try, macam tak kena jer dengan muka. Maybe sebab tak pernah pakai tudung cenggini. Tengok Nini Prettyintown ni pakai comel jerrr...hehehe. Mungkin bila pakai dengan baju raya baru KENA kut:)

Harga:
Tudung Siti Chiffon - RM35.00
Inner neck - RM25.00
Tapi sebab beli set, dapat harga RM55.00.
+ pos laju - RM6.00.

Tudung Raya Online

1 comments

> Order untuk tudung raya SC yang kedua dah sampai. Yeaahoooo!! :).. Memang tak sabar nak tengok macam mana rupa shawl ni secara 'live' :).
>
> Kali ni SC order dari www.happylifeshoppe.com. Ini juga salah satu butik online feberet SC sebab keunikan shawl2nya yang dibuat sendiri. Salah satunya shawl yang SC beli ni lah. Memang tertanya-tanya, kat mana nak dapat kain chiffon yang ada corak + kain kosong ni? Cantik-cantik kombinasi warnanya. Bila SC dah dapat secara live baru la tau rupa-rupanya kain corak dan kain kosong adalah kain yang berlainan tetapi disambung jahit. Tapi sebab kita pakai lilit2 kan? Jadi, tak perasan la area jahitan tu...
>
> SC juga order inner neck warna pink. Tapi inner necknya tak berapa selesa bahagian leher sebab banyak sangat kedut. Tapi kain cottonnya lembut dan sedap di kepala.
>
> Lepas order, SC pelik kenapa tak dapat reply? Rupa-rupanya e-mail company SC block email dari happylifeshoppe, sebab tu tak sampai. Nasib baik SC tanya dalam FB dan request resend kat e-mail SC yang lain.
>
> SC nak order kaler lain plak lepas ni. Tunggu happylifeshoppe re-stock :)
>
> Harga:
> Adra Exclusive Shawl RM49.00
> Inner Neck RM25.00
>
>

Jom Shopping Raya Online

0 comments

>

> Biasanya SC akan shopping di Plaza PKNS Shah Alam untuk Hari Raya. Tapi tahun ni takde mood nak shopping raya ke sana. Jadi, alternativenya shopping online lah!!
>
> Butik Online yang pertama SC order adalah di www.radiusite.com .. SC memang suka 'jalan-jalan' di butik ni. Biasanya apa yang berkenan selalu sold out. Harga tudung2 di sini agak mahal, memang jauh dari budget SC untuk sehelai tudung:). Tapi untuk raya OK lah!!
>
> Ika owner Radiusite biasanya akan alert dalam fanpage bila akan upload gambar tudung baru dalam blog. So, awal2 dah standby la waktu dan tarikh yang Ika janji nak upload tu. Bila dah upload terus order. Bila dapat reply, happynya!!
> Lepas tu terus bayar online.
>
> Disebabkan Butik real Radiusite terletak di Rawang, SC collect sendiri lah.. Memang dah lama teringin nak intai Butik Radiusite ni.
>
> Sebelum pegi SC called butik dan dapatkan kedudukan. Di bandar baru Rawang, bangunan belakang Bank Rakyat, atas 99 SpeedMart. Memang takde masalah cari butik ni, cuma kalau tak tanya memang tak jumpa. Sebab takder butik signboard dan ada paper sebesar A4 jer kat tangga nak naik tingkat 2 tu.
>
> Dalam butik sangat selesa, ada sofa untuk duduk. Rak2 tudung tak banyak tapi atur letaknya nice. Selain ambil tudung yang SC dah order, SC juga beli sepit hand made yang diperbuat dari zip. Kreatif!!
>
> SC beli tudung macam dalam gambar. RM59.
>

Berbaloi Penat Lelah Ku...

2 comments

Note yang ditulis oleh Wardina :

 

BERBALOI PENAT LELAH KU…

 

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

 

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

 

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

 

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

 

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

 

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

 

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

 

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

 

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

 

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap"…..cair nya hatiku ini.

 

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

 

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

 

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA

 

Nota kaki mama: Semoga Mama pun dapat kekuatan macam Wardina.

Tudung Pengantin - Nurul Syuhada (Pengacara TV3)

0 comments
Akhirnya hati si cantik Nurul Syuhada kini sah menjadi milik Raja Amir dengan wang hantaran sebanyak RMRM20,111 dan mas kahwin RM777. Kedua-dua pasangan ini telah diijabkabulkan semalam di Binjai On The Park, KLCC. Akad nikah telah dilakukan oleh ayah Nurul Syuhada dan akad telah sah dengan sekali lafaz sahaja.



copy paste dari beautifulnara

Dian Pelangi Bride

0 comments

Lagi gambar di www.dianrainbow.blogspot.com

Selamat Pengantin Baru : Dian Pelangi

0 comments
















Brooch Berantai Berjuntai

3 comments

ShawlCenter baru beli brooch berantai berjuntai(BBB) ni.. Hehehe.. Ikut suka je ShawlCenter bagi nama kat brooch ni. SC beli kat pasar malam, harganya RM10. Murah ke mahal?

SC sangat suka BBB ni. Setakat ni SC pakai dengan shawl plain dan warna lebih kurang.. Tak cuba lagi dengan shawl bercorak, takut nanti tenggelam pulak BBB ni:)

Sesiapa yang ada jual BBB ni sila promote di sini ya!

I got my Shawl Rose!!

0 comments

Dah lama ShawlCenter mengidamkan Shawl Rose ni..Dah survey harga kat blogshop-blogshop dan kebanyakannya laku macam goreng pisang panas! Cepat jer sold out!

Baru-baru ni ShawlCenter shopping di Tesco Rawang dan nampak temporary gerai kat situ jual Shawl Rose ni. Harga asal RM30 tapi ShawlCenter minta turun harga RM25, dengan senangnya sales girl tu kata OK. Nyesal tak minta RM20!! Heheheh..

Mula-mula ingatkan Shawl Rose ni 3 segi macam yang ada dijual dalam blog. Tapi, bentuknya 4 segi panjang macam shawl biasa lain dan Rosenya ada 2 dan warna Rosenya pun berbeza! Wow..macam Shawl 2 in 1!!

Suka sangat dengan material shawl ni. T-shirt Cotton, mesti senang nak bentuk dan selesa dipakai. Tak sabar nak bergaya dengan Shawl Rose ni :)

Mencari Shawl Cantik

2 comments

ShawlCenter dapat e-mail dari pembaca ShawlCenter bertanyakan di mana nak dapat shawl corak harimau yang cantik seperti gambar di atas.

Sekiranya pembaca-pembaca atau tuan blogshop yang lain ada info atau ada yang jual shawl macam ni, sila inform ShawlCenter yer!

Irma Hasmie Cantik Bertudung di majlis Rafflesia sempena ABPBH

0 comments

Sebelum ni, ShawlCenter ada update mengenai Irma Hasmie yang mula bertudung selepas balik dari umrah.

Kali ni nak kongsi gambar Irma Hasmie yang cantik bertudung dengan dress yang elegen semasa majlis di Rafflesia sempena ABPBH 2010.

Terima kasih kepada Oh!Bulan.

Yuna menang Penyanyi Wanita Popular

2 comments

Tahniah kepada Yuna!!
Untuk menerima anugerah ini, Yuna muncul dengan gaya "Hoodie" in black.

Personally pada pendapat ShawlCenter, gaya hoodie ni tak menampakkan ciri-ciri keislaman. Sebab biasanya dalam movie cerita-cerita seram omputih, yang jahat2 pakai jubah ber hood kan?

Tapi itu terpulang kepada pendapat masing-masing:)

P/s: Tahniah juga untuk Shahezey Sam. I love uuu!!

Yuna di ABPBH 2010

0 comments

Yuna memakai tudung gaya serban semasa membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. ShawlCenter rasa simple sangat la cara pakaian Yuna..kalau setakat nyanyi sambil duduk, Yuna patut pakai dress yang glamer dan meletops.

Cara persembahannya lebih kurang dengan Juara Lagu. Maybe Yuna boleh pelbagaikan lagi persembahan selepas ini. Kalau tak nanti peminat bosan :).

Anyway, suara Yuna memang mantap!!

Style Apa ni?

1 comments
Entah lah tak tau style apa..Hana Tajima ker..Yuna ke..Dian Pelangi ker..Yang pasti hari ni saje try style lain sikit dari yg biasa..nampak cool jugak kan? Cara2nya: Pakai shawl macam biasa(sebelah pendek sebelah panjang), nampak kan anak tudung yg sedondon dengan kaler baju dan pin di bawah dagu. Lilit bahagian yang panjang dan biar kan terjurai. kemas kan bahagian kanan dengan brooch dan biarkan sebelah lagi terjurai2. Siap :)


Cantik di Patung Tak Cantik di Badan

0 comments
Hari ni pakai shawl cotton polkadot, lilit style Hana Tajima (pin di belakang)

Mini dress [Forever 21] Jeans [Gap] Kasut [Fern's] shawl [Jalan Tar] Nak beli baju ni di F.O.S..tengok kat patung nampak cantik..try dengan belt. Tapi bila cuba pakai nampak gemuk la plak...punggung pun nampak makin lebar dengan fesyen 'kecut' di bawah tu..
Cuba tanpa belt pun nampak tak sedap mata memandang.

Biasanya, kalau berkenan..pakai2 terus nampak cantik.

Akhirnya tak jadi beli.

Itu pentingnya mencuba sebelum membeli. Kalau tak cuba tadi tapi terus beli, nanti tak pakai..kan ke rugi.


Pernah dengar tak ungkapan - 'Lebih baik sehelai baju pakai beribu kali daripada seribu helai baju tapi pakai sekali'

Irma Hasmie Bertudung

0 comments

Alhamdulillah.. Seorang lagi pelakon bertudung. Irma memang jarang keluar cerita yang tak elok kecuali kisah cintanya dengan Farid Kamil dan Nabil. Imej nya sebelum ni pun tak seksi. Semoga Irma akan tabah dengan dugaan yang bakal dilalui dan terus memakai tudung .. Jangan sekejap pakai sekejap tidak! We support you Irma!

Pertandingan Pencarian Model Tudung FAREEDA ke-2 2011

0 comments

Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda yang diadakan di Plaza Shah Alam (Masalam) pada 19 -20 March 2011.

Tahniah kepada pemenang!!

Pemenang Model FAREEDA Bawah 40 
1. Suhaili Mohamad 
2. Farah Najwa 
Tempat Ketiga (3 Pemenang) 
Arifah Abd Wahab, Nadia Ayu Hassan & Sera Saheera Sardar.

Pemenang Model FAREEDA Atas 40 
Dr Normazila Muhammad

Pemenang Kanak kanak 
Adik Nuraidinas Mohd Akil

Kredit to official photographer: Fazriani, Wan Faizal & Halim

Lagi gambar di www.fazriani.wordpress.com






Sent from my iPhone

FadzBiz Hijab Shop Hijab Giveaway

0 comments
Jom join Hijab Giveaway ni. Simple je caranya, ShawlCenter dah join :)

RULES:

- Must "like" FadzBiz facebook page.

- Giveaway is open world-wide except Israel. Open to everyone(I've changed my mind because I also want to thank my international buyers).

- Leave a comment telling me(on my facebook page):

1) What is your favourite hijab style? For example: Pashmina with cotton underscarf, Square scarf, etc..

2) What colour is your favourite hijab/scarf?

- I will shortly announce the giveaway winner only via Facebook & Twitter. Only one winner will be chosen at random using a random number generator.
- Giveaway ends March 22, 2011.

Yuna @ The Making of Gadis Semasa

0 comments

Its very fun watching The Making Of Gadis Semasa video klip. Yuna is sooooo sweet!! Yuna appear with many shawl style. This is the one of the style. Green shawl and Yellow polkadot blouse. Never cross in my mind this colour combination. But Yuna make it gorges!! I love it♥

Brand HELIZA HELMI by YASALMA

0 comments

Heliza adalah gadis comel yang berbakat dan berwawasan tinggi. Produk terbaru heliza ialah busana muslimah dengan jenama HELIZA HELMI by YASALMA. Tengok busana berwarna ungu ini. Memang sangat cantik!!

HELIZA belum lagi beritahu bagaimana untuk mendapatkan koleksi2 busana ini dalam facebooknya. ShawlCenter pun tak sabar nak tau. Kalau ada pembaca yang tahu, boleh share kan kat sini yer!

Hana Tajima Style

0 comments

I'm wearing plain pashmina with Hana Tajima style. Beside me is hot mummy Haifa:). Thank you for you eyeliner tips dear!

TAHNIAH! Pemenang *ShawlCenter February Giveaway*

1 comments
ShawlCenter ucapkan Tahniah atas kemenangan ARTISHAM. Semoga perkahwinan ARTISHAM kekal abadi :)
Kepada para pemenang, sila hantar nama penuh, alamat dan contact no kepada ambrnaa@gmail.com yer!
Pemenang Kedua : Aishah Megahazs


Pemenang Ketiga : Nurul110706

Cool Wif Sunglass

1 comments

Jom join contest:)

shawlcenter baru jer beli spek itam..bila baru beli tu..sakan la amik gambo kan?

Details contest ni sila klik banner bawah ni yer..dari Pinky Momma.

ShawlCenter PINK LOVER too!!

Ini dia gambar yang dipertaruhkan.
shawlcenter tag:
*********
Atas contest bawah citer pasal shawl lak :)

ShawlCenter lilit pahsmina shawl ni follow style Dian Pelangi.



comel bangett Dian Pelangi ni kan?


Cuba la style Dian ni..sempoi :)

Hijab Wear It Right Campaign

0 comments
ShawlCenter sokong Campaign ni. Lets cover our chest dear :)

ShawlCenter ambik poster ni dari D'Bella Scarfs

Inilah Hadiah *ShawlCenter February Giveaway*

0 comments



Apa tunggu lagi? Jom join *ShawlCenter February Giveaway* :)

Senang saja, cara-caranya:

1) LIKE Shawl Center Page di Facebook @ jadi follower www.shawlcenter.blogspot.com (salah satu, dua-dua pun ok ;p..)

2) Copy banner giveaway di atas dan display kat blog anda dan linkkan ke blog ini.

3) Buat entry dengan tajuk *ShawlCenter February Giveaway* dan letakkan gambar TUDUNG PENGANTIN anda yang paling gorjes :).

4) Komen di sini dan letakkan link entry anda & e-mail address.

Senang jer kan?

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template