Jom Shopping Raya Online

>

> Biasanya SC akan shopping di Plaza PKNS Shah Alam untuk Hari Raya. Tapi tahun ni takde mood nak shopping raya ke sana. Jadi, alternativenya shopping online lah!!
>
> Butik Online yang pertama SC order adalah di www.radiusite.com .. SC memang suka 'jalan-jalan' di butik ni. Biasanya apa yang berkenan selalu sold out. Harga tudung2 di sini agak mahal, memang jauh dari budget SC untuk sehelai tudung:). Tapi untuk raya OK lah!!
>
> Ika owner Radiusite biasanya akan alert dalam fanpage bila akan upload gambar tudung baru dalam blog. So, awal2 dah standby la waktu dan tarikh yang Ika janji nak upload tu. Bila dah upload terus order. Bila dapat reply, happynya!!
> Lepas tu terus bayar online.
>
> Disebabkan Butik real Radiusite terletak di Rawang, SC collect sendiri lah.. Memang dah lama teringin nak intai Butik Radiusite ni.
>
> Sebelum pegi SC called butik dan dapatkan kedudukan. Di bandar baru Rawang, bangunan belakang Bank Rakyat, atas 99 SpeedMart. Memang takde masalah cari butik ni, cuma kalau tak tanya memang tak jumpa. Sebab takder butik signboard dan ada paper sebesar A4 jer kat tangga nak naik tingkat 2 tu.
>
> Dalam butik sangat selesa, ada sofa untuk duduk. Rak2 tudung tak banyak tapi atur letaknya nice. Selain ambil tudung yang SC dah order, SC juga beli sepit hand made yang diperbuat dari zip. Kreatif!!
>
> SC beli tudung macam dalam gambar. RM59.
>

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen yer! :)

Recent Posts

Popular Posts

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template