Fesyen Yuna di Shout Award

Yuna - membawa gelombang baru dalam dunia hiburan dengan muziknya hebat. Begitu juga dengan fesyen, terutamanya TUDUNG YUNA. Saya mengaku, saya mula bertukar dari memakai tudung bawal ke shawl disebabkan terpikat dengan cara tudung Yuna :)
Yuna memegang 3 Award yang diraihnya. TAHNIAH YUNA!! You deserved it!
Ini lah outfit yang Yuna pakai. Sangat unik..siapa lah agaknya pereka fesyen Yuna. Baju suit berhud berwarna putih. Dalam hud berwarna biru matching dengan kasutnya. Tudung berwarna merah dan dipadankan dengan gelang merah. Ditambah dengan sedikit accesories rantai & gelang berwarna gold.

Manis sangat muka Yuna.

Gambar di Purple Carpet ( biasa Red Carpet kan..Shout Award memang pelik-pelik)

Gambar nih nak tunjuk Yuna yer..bukan Faizal Tahir ;p

Yuna atas pentas. Woww glamerrr...tak sia-sia Yuna dressing unik macam nih!!
**************************************************
Ahad November 21, 2010
Shout! Award 2010: Malam Kemenangan
Yuna
Oleh KEMALIA OTHMAN
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) meraih pemenang keseluruhan apabila membawa pulang tiga anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu.
Tiga anugerah tersebut ialah Popstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout! Award di mana saingan terdiri daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi.
Manakala, Kumpulan Bunkface turut mencuri perhatian apabila mengulangi kemennagan tahun lalu dalam Roctstar Award, selain muzik video terbaik dalam Music Vidoe Award pada malam anugerah tersebut.
Selain itu, kemenangan Zizan Raja Lawak sebagai personliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award tidak dijangka kerana dapat menewaskan pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi.
Turut menerima anugerah adalah Faizal Tahir melalui vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang pernah dimenangi oleh Jaclyn Victor tahun lalu.
Anugerah penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik atau Flava Award pula diraih oleh penyanyi wanita yang sedang meningkat naik iaitu Mizz Nina menggantikan Joe Flizzow pada Shout! Award 2009.
Dalam pada itu, Hot Chick Award dan Hot Guy Award juga dimenangi oleh pelakon jelita Scha Al-Yahya dan pengacara The Quickie 8TV, Henry Golding menerima anugerah tersebut.
Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
Ultimate Shout! Award - Yuna

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen yer! :)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template