Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Shawl Project : AMBRYNAA Shawl

0 comments
Selepas belajar jahit manik baru-baru ni, SC dah plan macam-macam nak jahit.
SC nak tumpukan perhatian pada jahit manik pada shawl sebab SC sangat suka shawl❤

Project Shawl pertama ni, SC namakan AMBRYNAA shawl. Gabungan lace & manik. SC gunakan shawl halfmoon plain warna shocking pink & lace warna hijau. Hari ni SC cuma dapat jahit lace pada shawl, manik belum lagi.

Dah siap nanti SC upload lagi yer. Tak sabar nak siapkan! :)

D.I.Y Project : Bunga Lollipop di Baju Kurung Moden

0 comments
Lollipop Flower kembali lagi!! Kali ni BESAR punya dijahit di bahu baju kurung moden.

Idea ni tercetus bila termenung (tak la termenung sangat) tengok dress Pink Fushia yang dah lama beli kat Poplook tak terpakai-pakai lagi ( yang order baru pun ader lagi!! Huhu) Di sebabkan kaler dan patern yang agak GLAM di mataku ini.. Takde occasion yang seswai.

Tiba-tiba datang ilham nak pakai dengan baju kurung moden aka baju rayaku yg agak pendek tu pegi open house raya.Tapi bila dipadankan baju warna coklat dan kain warna pink, macam takde connection. Maka wayar otak ku yang masih berhubung ni terus bagi ilham buat bunga Lollipop dari lebihan kain satin shawl ari tuh.

Maka dengan kelam kabutnya kain di gunting, di bakar dan di jahit. Dan jadi lah bunga Lollipop sebesar tapak tangan. Memang dari jauh dah nampak lah bunga tu.. Kihkihkihkih..

Cam mana? Glamer tak baju open house ku? Hehe

D.I.Y project : Shawl Lollipop Flower

4 comments
Pertama kali buat shawl. Kain material satin benang hitam, so warna belakang tudung gelap sikit. Boleh pakai vice versa. Tepi kain bakar dengan api lilin jer.. Hehehe..

Ditambah perhiasan bunga lollipop dari kain yang sama. Cara nak buat saya tengok tutorial dari youtube ;p.

Ada lagi kain untuk buat shawl ni. Seronok plak rasenyer.

Cam mana OK tak?

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template