Abaya Aliran Terkini

Ini Abaya dari Idaman Hawa yang menjadi pilihan ShawlCenter.

Abaya aliran terkini


Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

LARIKAN jubah yang indah, sopan tetapi penuh pesona memberikan ilham kepada sesiapa saja untuk mencuba�nya. Jubah atau abaya antara pakaian yang memenuhi tuntutan syariat sebagai pilihan wanita generasi kini sama ada remaja mahupun dewasa.

Selesa dengan olahan yang longgar dan kemasan jahitan serta tampil dengan pilihan tudung bersesuaian menjadikan si pemakainya kelihatan amat bersopan.



Bagi si pereka busana dan tudung jenama Idaman Hawa, Jeffrey Arazmi Mokhtar, kebanyakan jubah berkenaan disempurnakan dengan perincian menarik, menepati cita rasa semasa atau mengikut selera penggemar hari ini dalam nuansa sentiasa segar.

“Saya sengaja mencuri tumpuan penggemar jubah dengan aliran terkini menerusi pilihan fabrik kain kapas mahupun dua lapisan daripada sifon, lycra dan pelbagai kain pilihan.

“Pelbagai aspek jadi perkiraan, antaranya cuaca, kesesuaian mahupun keselesaan kepada si pemakai. Kebanyakan jubah ini sesuai untuk ke majlis tertentu sama ada makan malam eksklusif bahkan boleh juga dipakai untuk mengerjakan haji mahupun umrah.

“Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah di Tanah Suci, jenis fabrik ini memang tahan lasak. Sesuai dengan sifatnya yang tidak mudah koyak hasil cantuman benang yang ampuh, semua ini memudahkan kaum hawa untuk bergerak bebas,” katanya yang berpengalaman luas dalam bidang rekaan busana Muslimah dan tudung.

Mengenai warna pilihan yang bersesuaian untuk mereka yang berhasrat melakukan ibadah, dia bersetuju dengan pandangan umum mengenai pilihan warna yang baik seperti hitam, kelabu, coklat, merah hati, hijau kepala itik dan tidak terlalu terang. “Untuk beribadah atau menghadiri majlis ilmu, pilih�lah warna sedemikian kerana ia tampil sopan dan agak spiritual,” katanya.

Pereka ini juga akur bahawa saingan semakin sengit namun baginya, ia pencetus rangsangan untuk terus berkarya. Turut menceburi bidang seni lain seperti gubahan cenderahati berbentuk hamper dan seni rekaan dalaman rumah, menurutnya, timbul keinginan bersaing secara sihat memberi inspirasi dalam mereka cipta. “Saya sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa dalam setiap olahan pakaian atau tudung yang saya cipta. “Pada masa sama, saya sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada pengguna kerana apabila lakarannya menarik tentu mereka tidak lokek memilih yang terbaik.

“Soal harga bukan menjadi masalah kepada si pemakai. Sebagai pembeli yang sentiasa peka dengan aliran perkembangan rekaan, mutu fabrik juga jadi perhatian di samping sentiasa membuat perbandingan harga antara satu jenama dengan jenama lain,” katanya. Mengambil sikap berhati-hati kerana jenamanya pernah diciplak, dia akur adat perniagaan harus menempuh pengalaman sukar sebegitu. “Dalam apa juga perkara, kita tidak terlepas daripada meniru atau ditiru. Untuk itu, pentingnya hak cipta sendiri yang menjadi penanda aras dalam rekaan agar mengelak daripada peniruan yang terlalu ketara.

“Bukan tidak boleh meniru karya jenama lain tetapi ada hadnya dalam undang-undang. Peniruan dan penipuan yang melampau menyebabkan ada pihak teraniaya. “Penting kepada sesiapa saja kalau mahu selamat dalam apa juga bentuk rekaan, hak cipta itu penting dalam melindungi karya seseorang,” katanya.

Terima kasih:
Pemborong Pakaian Hawa, 11, Lorong Merbau, Off Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9221 2037
Tudung: Idaman Hawa
Laman web: http://www.idamanhawa.com.my/
Mekap: Vee (012-3549816)


0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen yer! :)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template